Firman Allah SWT di dalam surah al-Jum’ah, ayat 2 mafhumnya
:
“Dan Dia telah mengutuskan seorang Rasul yang ummi,
mengajarkan bacaan kepada mereka ayat-ayatNya, dan mensucikan (tazkiyah) diri
mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-kitab dan Al-Hikmah….”
Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :
Barangsiapa yang dikehendaki Allah ke atasnya kebaikan,
maka akan dikurniakan kefahaman dalam beragama (tafaqquh fiddin)
Menjadi tunjang kepada sesebuah agenda dakwah meletakkan
al-quran dan as-sunnah sebagai rujukan utama dalam menentukan halatuju sebuah
gerak kerja. Bertitik tolak daripada firman Allah dan kalam rasulNya, SPMM
sekali lagi mengorak langkah dalam membangunkan akan dan jiwa insan dengan
menubuhkan satu gagasan ilmu yang baru, dijenamakan dengan nama Madrasah
Al-Qaradhawi.
Dengan tema “Membina Pewaris Insan Rabbani”, Madrasah Al-Qaradhawi (MAQ) ini berperanan sebagai wadah
menyuburkan biah ilmiah dan islamiah khususnya di kampus USIM. Secara asasnya,
MAQ berusaha mengumpulkan para ilmuan untuk mencurahkan ilmu kepada para anak
didik khususnya mahasiswa/I dalam satu halaqah ilmu. Apa yang menarik,
pengajian ini bukanlah seperti kuliah maghrib atau kuliah subuh yang biasa,
kaedah pengajian yang diadakan akan menggunakan kitab-kitab aduan kitab turath
(tradisional) dan juga mu’asir (terkini) secara talaqqi.
SPMM mengambil kira faktor kepelbagaian pengajian di bumi
USIM ini, justeru setiap pengajian cuba diselaraskan dengan kadar kefahaman dan
pemikiran sebagai seorang mahasiswa yang punyai hemah dan jiwa yang tinggi
untuk memahami Islam secara lebih mendalam. Tambahan, kuliah yang diadakan secara
terbuka ini mampu mengumpulkan masyarakat kampus dan berkongsi isu yang boleh
dikupas oleh para ilmuan yang berkaliber.
Selain itu, SPMM cuba mengorak langkah ke hadapan dengan
mengadakan diskusi ilmu yang melibatkan kepimpinan SPMM bersama dengan
mahasiswa/I lain. Dengan berkonsepkan ‘usrah’ dan ‘sembang santai’, Niqash Ilmi
ini bertujuan untuk mensuburkan budaya berfikir dan berkongsi idea berkenaan isu semasa, bidang
keilmuan masing-masing dan pelbagai lagi. Insya Allah, Niqash Ilmi ini akan
bermula pada 8 Mac ini di KK1 sebelum bermulanya iftar dan SPMM membuka peluang
kepada semua mahasiswa/I untuk bersama-sama dalam program pada hari tersebut.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa, dan boleh terus merujuk laman web SPMM :www.myspmm.org atau di facebook
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia.
SPMM | Bringing You to The Way
Muhammad Farid Hadhari Mahamed Rusdi
Presiden SPMM USIM
2011/2012