SPMM Merentasi Mac 2012


Alhamdulillah, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM bergerak terus maju dari masa ke masa dengan gagasan visi besar; muncul sebagai badan dakwah yang kontemporari dan holistik menjelang 2015. Sehubungan dengan itu, SPMM telah berjaya melaksanakan lima program sama ada berkala ataupun one-off pada bulan Mac 2012. Antaranya, Beeper, MAQAM, MQ, FBI dan KRIS 2012. 



Beeper adalah Bengkel Pembangunan Rais & Raisah untuk menyuntik semangat para rais/ah  dalam mengendalikan ‘Liqa` Universiti’ yang julung-julungnya diadakan sebanyak 2 semester bagi mahasiswa/wi tahun satu sesi 2011/2012. Sebelumnya, liqa` ini mula bertapak dan hanya 1 semester sahaja  pada semester 2 sesi 2010/2011. Beeper  telah diadakan pada 7 Mac 2012 (Rabu), pada pukul 2.30-5.00 petang di DKF 1.2 FKP anjuran Unit Keahian dan Latihan. Pengisian sebagai seorang ketua dalam koordinat adik-adik liqa` yang mana  telah disampaikan oleh Tuan Syed Ahmad Faiz Bin Syed Mohamad Nadzari yang merupakan Perunding Latihan Creative Sifu, Pengurus Komuniti,E-Usrah.

 Malam Alunan Al-Quran dan Munajat 2012 (MAQAM`12) merupakan program berkala bagi setiap bulan yang dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Kepimpinan. MAQAM yang pertama telah dilaksanakan sebanyak dua kali pada 23-25/Mac/2012. Program ini bertumpu kepada mahasiswa/wi di Kolej Kediaman 1 (KKI) dan juga Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC). Aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan ialah 3 waktu solat berjemaah (Maghrib, Isyakdan Subuh), qiamullail secara berjemaah, tazkirah dan senaman pagi.  


Madrasah Al-Qaradhawi  yang sinonimnya digelar MQ dilaksanakan setiap minggu yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM. Pengajian kitab ini diadakan pada hari Jumaat petang dan malamnya di DKF 1.1 di bawah Unit Dakwah dan Kepimpinan. Festival Buku & Ilmu (FBI) telah dijalankan dengan jayanya pada 12 hingga 16 Mac 2012 yang bertemakan ‘Membangun Akal dan Jiwa Insan’ di bawah organisasi tertinggi SPMM. Menariknya, empat program yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para mahasiswa/wi USIM, iaitu Forum Bicara Mahasiswa Islam (13 Mac 2012), Tausiyyah Duat & Liqa’ 1K (15 Mac 2012), Malam Simbolik Cinta (16 Mac 2012) dan Madrasah Al-Qaradhawi Special (16 Mac 2012). 



Kem Remaja Islam (KRIS) yang dianjurkan oleh jawatankuasa induk SPMM dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM bertarikh 23 Mac hingga 25 Mac di Maahad Lughatul Quran Kesang Tasek, Sg. Mati, Ledang, Johor. Tema Remaja Tonggak Kemajuan Negara” telah menekankan tentang pentingnya kesedaran para remaja yang bertanggungjawab dalam membangunkan Negara. Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti tersebut. Bersama kita memartabatkan izzah Islam dan biah solehah bukan sahaja di persekitaran kampus USIM malah di luar kampus juga patut diimarahkan.



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."


Hamba Ilahi,
(Rafidah binti Wahab @ Abdul Wahab)
Setiausaha II
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)