Kem Eksplorasi Pemerkasaan Sahsiah 2011 (EKSPRESI’11).





LATAR BELAKANG
Masalah sukar untuk menyesuaikan diri di alam kampus akibat transformasi dari alam sekolah menyebabkan mahasiswa hari ini kurang mengambil kisah soal sahsiah diri. Pada pemerhatian kami  pelajar – pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini yang mempunyai latar belakang sekolah agama masih keliru dengan identiti sehinggakan mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Keadaan ini telah mencetuskan idea untuk menganjurkan program bagi memantapkan sahsiah mereka seterusnya menjadikan mereka Mahasiswa Islam yang berkualiti kepada agama, bangsa dan negara.
Sehubungan dengan itu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia mencadangkan untuk menganjurkan program Eksplorasi Pemerkasaan Sahsiah 2011 (EKSPRESI’11).


OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif utama yang ingin dicapai melalui program Eksplorasi Pemerkasaan Sahsiah 2011 (EKSPRESI’11) ini:
Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai penyesuaian diri di alam kampus.
Memberi pencerahan kepada mahasiswa/i mengenai cabaran globalisasi yang boleh mempincangkan akidah umat Islam.
Memberi kefahaman dan keperluan dakwah dalam masyarakat pelbagai kaum.
Mengajak mahasiswa USIM berfikir secara matang dan mendalam terhadap agama, bangsa dan umat islam.
Melahirkan mahasiswa Islam yang berkualiti.

HASIL PEMBELAJARAN
Peserta boleh mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif. (CTPS3).
Peserta dapat membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. (TS 1).
Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika (EM2).
Kebolehan mebuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.

TEMA
“Ke arah Membina Mahasiswa Intelektual Islam ”