
Bumi
Anbia', Syria terus bergolak apabila regim Basyar Assad menggunakan kekerasan
tentera untuk mempertahankan kekuasaannya yang tergugat rentetan dari revolusi
‘Arab Spring’. Isu ini terus menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa dengan
bantahan daripada 107 orang ulama termasuk Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia,
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Barisan
ulama' itu telah bersetuju dalam satu deklarasi yang menyeru seluruh rakyat
untuk mendokong perjuangan rakyat Syria untuk bebas daripada regim Bashar
Assad, bergabung dengan lebih 40 ribu tentera Syria yang berpaling tadah
daripada regim Bashar Asad,serta menyeru negara-negara Arab dan negara
Islam lain untuk bertindak dalam isu ini.
Pergolakan
di Syria dilihat sebagai isu yang begitu parah apabila meletusnya demonstrasi
berdarah selama 11 bulan di negara itu menyaksikan angka kematian mencecah 6
ribu orang dan jumlahnya semakin meningkat hingga kini.
Sekretariat
Pendakwah Muda Malaysia, USIM sentiasa konsisten dalam usaha untuk memastikan
warga mahasiswa/i cakna dalam isu membabitkan dunia Islam khususnya pergolakan
di Syria yang berlaku sekarang.
Justeru,
pihak Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, USIM menyeru seluruh mahasiswa/i untuk:
1.
Mengadakan solat hajat dan berdoa bagi memohon keamanan di bumi Syria
2.
Menggiatkan kempen cakna isu Syria di laman sosial seperti Facebook, blog dan
Youtube
SPMM USIM
juga akan akan terus berhubung dengan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS)
bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung isu Syria khususnya keselamatan
pelajar Malaysia di sana.
Universiti Sains Islam Malaysia
www.raziffuad.com