Iftar Jamaie, Pelancaran Ihya' Rejab, Sya'ban 1433H


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab, berkatilah kami dalam bulan Sya'ban dan sampaikanlah (hidupkanlah) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan."

(Hadith Riwayat Baihaqi)





Assalamu'alaikum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian. Insya Allah SPMM USIM akan mengadakan Majlis Iftar Jamaie 2012, sempena meraikan dan menyambut Bulan Rejab 1433 serta pelancaran bulan Ihya' Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. Mungkin ini merupakan program penutup semester ini sebelum berakhirnya semester 2 2011/2012 pada pertengahan Jun nanti. Justeru itu, kami menjemput semua ahli-ahli SPMM USIM khususnya dan seluruh mahasiswa USIM untuk turut serta menghidupkan malam pelancaran dan memeriahkan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Butiran program adalah sebagaimana berikut:

ISNIN
28 Mei 2012M / 7 Rejab 1433H
6.00 petang  – 10.30 malam
Pusat Komersil, DKF 1.1 FEM

Daftar segera melalui SMS untuk menjadi 400 orang terawal (Makanan iftar disediakan). Pendaftaran pada hari tersebut (28 Mei 2012) akan diadakan di DKF1.1 Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM) diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar Jamaie di Pusat Komersil USIM dan aktiviti lain, slot pengisian bakal berlangsung di DKF1.1 FEM.

Tentatif lanjut, boleh rujuk poster di bawah.



Bersama memeriahkan dan menghidupkan suasana
Majlis Iftar Jamaie dan Majlis Ilmu kali ini

dan NANTIKAN

Tausiyah Duat oleh tetamu istimewa yang akan kami dibawakan.


"Bringing you to The Way"
www.myspmm.org