HIJRAH KITA MENUJU SIAPA?


better la duduk dalam balang besar kan? cube ambil ibrah sikit ;)



Assalamualaikum w.b.t...

Salam kelestarian minda buat semua warga USIM yang dikasihi sekalian...kita telah memasuki satu fasa baru dalam era globalisasi ini...sedar tidak sedar kita telah masuk ke tahun baru...hepp!tahun 2012 lagi la...bukan tahun masihi tetapi tahun hijriah sahabat2...oleh itu, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DENGAN AZAM BARU SEMANGAT BARU TEKAD BARU BUKU AMALAN BARU BAJU BARU DAN SEMUA BARU...agak lambat sebenarnya untuk mengucapkan selamat tahun baru tetapi untuk mengaplikasikan hijrah itu sendiri rasanya tidak perlu tunggu tahun baru...kan?.. mungkin ada yang begitu peka dengan perubahan yang berlaku dalam kalendar Islam ini tetapi agak LEBAI MALANG apabila ada juga masyarakat yang langsung tidak sedar akan kehadiran Maal Hijrah ini..yang mereka tahu, dapat cuti dan cuti dipenuhi dengan tidur...sia-sia bukan?baik...jika ditelusuri secara ringkas peristiwa hijrah ini berlaku pada zaman Baginda Rasulullah apabila seruan baginda secara terang-terangan telah mendapat tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin Makkah.. hijrah ini jika kita telusuri secara detail, maka kita akan temui satu titik jawapan bahawa hijrah amatlah penting dalam adaptasinya kepada kehidupan kita. Secara ringkasnya apabila menyebut tentang hijrah maka kita akan berfikir mengenai PERUBAHAN..perubahan apa?yaa...betull...perubahan sikap dan akhlak kita...sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah".
- HR Bukhari no 6484-

Menjadi fenomena biasa bagi kalangan masyarakat kita pada masa kini memegang slogan “MEMBETULKAN APA YANG SALAH DAN MENYALAHKAN YANG BETUL”...apakah ini semua?sudah terbalikkah dunia? Lihat contoh yang paling jelas, apabila seorang muslimin pergi surau untuk solat maka akan ada yang cakap “ek eleh!bajek alim nihh...ulama2!”... tetapi bila nampak muslimin merokok ini pula yang di cakapnya “biasa la tu...dah besar...dia pandai la fikir baik ke buruk...lagipun merokok tu perkara biasa la kalau dah umur 20 tahun”...lailahaillallah...subhanallah... haisshh bikin panas telinga waa je dengar ayat gini...

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah ini, mari bersama kita koreksi diri..apa sebenarnya amalan yang kita telah sediakn untuk menuju akhirat?jika benar ada, cuba timbang-timbang sikit..dapat 100% ke 50-50 ke or teeettt!! AMALAN – IKHLAS + (khusyuk yang syuwaiya2) = SIFAR.. so, apa sebenarnya bekal kita? Nak tunggu bila? Nak tunggu hijrah tahun depan pula baru nak mengorak langkah..jika sempat, jika tak sempat? Bawa je la buku yang kosong?macam tu?bolehh...tiada masalah..tetapi sampai di hari perhitungan nanti tak payah tunggu lama, malaikat Malik dah bawak tiket...bukan tiket bola sepak tetapi tiket AN-NARR JAHANNAM..ambil la..nak??

Jika tak nak, ayuh! Hayun langkah anda...bergeraklah kepada yang lebih baik daripada hari semalam.. jangan kata “aku malu” tetapi kata “aku lebih malu jika terus bermaksiat kepada Allah sedangkan akulah hamba si PEMINJAM SEMENTARA”... cuba dikenangankan semula hijrah Baginda dalam susah dan payah tetapi begitu bersungguh-sungguh kerana Baginda yang begitu excited untuk menyampaikan Islam ini kepada kita umat yang Baginda sangat sayang..

Lakukan perubahan tidak semestinya secara DRASTIK tetapi PLASTIK tetapi better if it SMALL but it IS CONSISTENT... kita bukan hidup di dunia ini untuk enjoy semata-mata tetapi kita perlu ada matlamat yang jelas..perlu di jelaskan bahawa dunia ini hanya wahana untuk mencapai akhirat kawan-kawan..tidak salah mencari dunia tetapi jangan lalai kerananya...jangan sampai lupa tanggunggjawab kita sebagai hamba..

" Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kau akan hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kau akan mati besok."

Digalakkan kita untuk bersungguh-sungguh dalam segala urusan...masa belajar,belajar sungguh-sungguh.masa bersukan, sukan betul-betul biar semua emas milik kita..masa makan??nak makan sungguh-sungguh la?macam itu?yaa..betul...siapa cakap salah...makan dengan bersungguh-sungguh...dan bersyukur..tetapi bukan main tarammm je sampai tak ingat orang...itu bukan bersungguh namanya...

Jangan biarkan Maal Hijrah ini berlalu dengan sia-sia...jadikan ianya sebagai titik tolak anjakan paradigma anda terhadap diri anda sendiri..Allah nilai bukan mengikut pandangan dan nilaian manusia tetapi melalui pandangan dan nilaianNya sendiri yang lebih teliti dan Maha Adil..

“pandangan mata selalu menipu..
pandangan akal selalu tersalah...
pandangan nafsu selalu melulu..
pandangan hati itu yang hakiki...
KALAU HATI ITU BERSIH...”

Problemnya sekarang ni adalah tidak semua manusia ada hati yang bersih untuk meletakkan penilaian yang adil kepada makhluk jadi,

“tabahkan hatimu cekalkan jiwamu pasrahkan dirimu padaNya yang satu akan tiba waktu merekakan tahu siapakah sebenarnya dirimu..” 
- selagi hayatmu di sini –

Ayuh!lestarikan Maal Hijrah dengan Hijrah nafsik wad’u ghairu... no LAYPARK2..no RILEX2..no WAIT2..no TOMORROW2..no KEJAP2..sebab MUNGKIN KEJAP LAGI MALAIKAT MAUT DAH SAY “HAI HAI”...kita memang tak boleh nak cakap “BYE BYE” dekat malaikat maut TETAPI SAY GOODBYE FOREVER TO THIS WORLD.. J
LESTARIKAN HIJRAH...SEMAIKAN UKHUWWAH...