KENYATAAN RASMI SPMM MENGENAI TAKLIMAT KESELAMATAN LAHAD DATU DI USIM


USIM panas dengan satu taklimat kononnya penerangan isu keselamatan Lahad Datu, sebaliknya yang berlaku “pembodohan mahasiswa”.

Pada hemat saya program ini adalah program rasmi universiti bilamana terdapat banner gergasi digantung di luar kampus atas nama 'taklimat' keselamatan isu Lahad Datu.Namun sebaliknya mahasiswa ditayangkan dengan video BERSIH, gambar-gambar himpunan, mengutuk pembangkang serta menghina perjuangan gerakan mahasiswa.Taklimat disampaikan oleh ' PEGAWAI BESAR' dari IPD Bukit Aman. Turut hadir Naib Canselor & Timb Naib Canselor. Apa agenda pihak penganjur sebenarnya?

Saya mewakili mahasiswa umumnya rasa kesal dengan sikap pentadbiran yang membenarkan program sebegini. Mahasiswa adalah insan yang terdidik dan bijak menilai, bukan cara begini untuk pancing undi mahasiswa. Ianya merugikan masa lebih teruk lagi menambahkan rasa meluat mahasiswa terhadap politik tidak matang ini.

Penyebaran risalah yang memaparkan perkara-perkara yang berbaur provokasi seperti kalimah ALLAH dan agenda Kristian namun tiada satu pun risalah berkenaan Lahad Datu. Di mana risalah LAHAD DATU? Di mana penerangan mengenai Lahad Datu? Bukankah pengajuran program tersebut mengenai taklimat keselamatan Lahad Datu?

SPMM melahirkan rasa kesal atas penganjuran program tersebut. Berpolitiklah secara matang, bukan dicanai auta. Mahasiswa golongan intelektual, jangan dimuntahkan dengan “taklimat” kosong, mahasiswa tidak ada masa untuk cuci. Berhujah dengan penuh nilai kerana kami mahasiswa sentiasa membuat penilaian.

Mohammad Amin Suhaimi
Naib Presiden 1 (Penerangan)
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia.