Diskusi Dua Hala PMKI UniSZA - SPMM USIM





Pada 25 Mei yang lalu, telah diadakan satu Diskusi Dua Hala antara Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, UniSZA dan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, USIM. Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan berkenaan gerakerja persatuan di kampus masing-masing. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk menghubungkan silaturrahim antara mahasiswa UniSZA dan USIM.

Pelbagai isu yang  didiskusikan bersama pada program yang bermula jam 3.30 petang itu. Antaranya adalah isu-isu semasa negara, pembawaan persatuan, penerimaan siswa/i terhadap persatuan dan pertanyaan berkenaan aktiviti-aktiviti persatuan.



"Hubungan dua hala antara USIM dan UniSZA perlu diteruskan untuk memastikan kesinambungan gerakan dakwah di kedua-dua IPTA. Kita memandang positif usaha-usaha sebegini dan berharap agar perbincangan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.", kata Farid Hadhari, Presiden SPMM USIM.

Menurut YDP PMKI UniSZA, Ahmad Fauzi, "Kami amat berbesar hati dapat mengadakan pertemuan dengan SPMM USIM dan, insyaAllah kami berharap diskusi ini memberi manfaat besar buat kedua-dua persatuan ini."



Program ini tamat pada jam 6.00 petang dan diakhiri dengan jamuan di Kafe Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM. Semoga pertemuan pertama ini menghubungkan silaturrahim antara PMKI UniSZA dan SPMM USIM dan seterusnya membuka lagi peluang kepada percambahan idea dan maklumat demi pembangunan akal dan jiwa mahasiswa.


Mohamad Razif Mohamad Fuad
Setiausaha 1
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia