Minggu HELWA USIM


Saat kesibukan mulai reda, semua fokus menghadap buku, menadah ilmu, mencari kefahaman, cuba mengingat fakta, Unit Hal Ehwal Wanita USIM membawakan anda program-program menarik sempena Minggu Hal Ehwal Wanita USIM selain cuti minggu ulangkaji dan pengisian untuk adik-adik tamhidi yang masih baru dengan USIM. Bagi mahasiswi yang bakal menghadapi peperiksaan akhir semester 2, 2011/2012, di samping ulangkaji, HELWA USIM mengajak anda merehatkan minda seketika mendengar bicara dari jemputan yang kami datangkan khas. Tidak lupa juga, kami menjemput staff USIM untuk turut bersama dalam mengikuti bicara ini.

Jom manfaatkan peluang dan ikuti kupasan menarik dari mereka...


Jemputan Khas:
Ustazah Pilihan Firuz Akhtar
(Juara Musim Pertama)

bicara dan kupasan mengenai..
WANITA, CITA-CITA DAN CINTA

ISNIN
4 Jun 2012
8.00 malam
Dewan Kuliah Utama,
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM

...

FIQH WANITA SPECIAL
dan Pelancaran Kuliah Fiqh Wanita

Jemputan:
Ustazah Norzulaili Mohd Ghazali
(Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah)

 JUMAAT
8 JUN 2012
12.30 tengahari - 2.00 petang
Dewan Kuliah Utama,
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM

...



dan sahabat siswi yang berminat mendekati masyarakat luar dan berkongsi pengalaman, bolehlah bersama HELWA USIM melawat Rumah Kebajikan PERKID, Hulu Langat pada:

SELASA
5 JUN 2012
8.00 pagi - 4.00 petang

Daftarkan diri anda segera!
Peluang masih dibuka..
SMS Nama, No HP, Kolej Kediaman
atau hubungi terus urusetia terlibat

# Bas disediakan. Berkumpul jam 7.30 pagi di kolej kediaman masing-masing.


Ayuh muslimat-muslimat, siswi-siswi untuk bersama memeriahkan Minggu HELWA USIM.

"Bringing you to The Way"
www.myspmm.org