Perutusan Peperiksaan - Presiden SPMM USIM





Kejayaan tidak akan datang bergolek, kemenangan tidak akan datang melayang. Justeru, usaha yang gigih dan jitu dituntut bagi membuahkan hasil yang membanggakan. 


Mahasiswa perlu sedar bahawa mereka adalah aset berharga bagi negara. Mereka bakal menentukan corak kepimpinan Malaysia di masa akan datang; samada dalam keredhaan Allah atau sebaliknya.


Dalam fatrah peperiksaan, adalah perlu ditekankan bahawa ilmu itu bukan dinilai pada pointer (akademik) semata-mata. Perlu dilihat juga aspek-aspek lain untuk dijadikan indikator seseorang itu berilmu atau tidak. Walaubagaimanapun, pointer itu penting bagi seorang pendakwah muda sebagai kayuukur pemahaman sepanjang pembelajaran dan pandangan awam terhadap pendakwah. Berapa ramai yang hebat di pentas dakwah, akhirnya kecundang di dewan peperiksaan? Moga-moga Allah hindarkan kita dari menjadi fitnah kepada dakwah.


Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dalam menghadapi peperiksaan kali ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya, bukan hanya di atas kertas tetapi diaplikasikan dalam kehidupan dalam usaha untuk menyebarkan keindahan Islam kepada masyarakat. Sabda Nabi SAW

“Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain” (H.R Bukhari)


Saya, selaku Presiden Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM, mewakili kesemua barisan kepimpinan SPMM USIM mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan kepada semua mahasiswa USIM.


Muhammad Farid Hadhari Mahamed Rusdi
Presiden 
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Sesi 2011/2012