Live: Transit Planet Zuhrah Di Permukaan Marikh



Transit planet Zuhrah adalah fenomena astronomi ketiga yang berlaku pada tahun 2012.Pada 20 Mei gerhana matahari dan 4 Jun tempoh hari telah berlaku fenomena gerhana bulan separa dan Malaysia adalah salah sebuah daripada negara Asia lain yang dapat menyaksikannya
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusingan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi) . Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Hari ini fenomena yang luar biasa dan julung kalinya berlaku iaitu transit planet Zuhrah.Secara ringkas mengenainya,planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari
Semasa proses transit itu,planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari
Untuk makluman dijangka proses transit seterusnya akan berlaku pula pada tahun 2117 iaitu 105 tahun yang akan datang
Di Malaysia,keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.Bermula sentuhan pertama pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari.
Sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya matahari. Subhanallah!