Liqa' Universiti membentuk pemikiran pelajar yang global




IDEA AWAL PROGRAM

Idea awal program ini diperkenalkan adalah untuk melahirkan warga Al-Abrar yakni mahasiswa yang lengkap, sempurna dan memenuhi semua aspek. Diharapkan melalui program ini para mahasiswa dan mahasiswi akan berusaha, bersaing secara sihat dalam memantapkan kemahiran diri sesama sahabat dalam LIQA'. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membasmi masalah etika dalam kalangan pelajar... Sahabatku, apabila kita ada sahabat LIQA' yang sama dalam satu kumpulan, makanya kita akan saling menjaga, saling menasihati dan saling membantu antara satu sama lain sekaligus kita dapat mambaiki diri... hakikatnya kita tidak boleh hidup seorang kerana jika kita berseorangan, mudah untuk jiwa kita lalai dengan nikmat dunia sekaligus lari dari landasan yang betul...

Surah Al-Maidah, ayat 2

-dua baris terakhir-

" dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.."


Seterusnya, mengapa LIQA ini diperkenalkan, tidak lain supaya terjadinya perkongsian pengalaman antara senior dan junior, antara adik dan kakak, antara abang dan adik.... Semestinya setiap adik-adik yang baru sahaja melangkah ke alam baru dunia kampus ini memerlukan bimbingan daripada senior yang lebih berpengalaman agar dapat membimbing adik-adik yang baru ini.Justeru, komitmen dari senior juga sangat diperlukan untuk membantu adik-adik ini.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Program LIQA Ilmi ini adalah :

1) membantu membentuk pandangan alam pelajar ( worldview).
2) membantu pelajar untuk membina keyakinan diri, daya kepimpinan dan pengurusan.
3) menjadi ruang untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar USIM.
4) membentuk pemikiran pelajar yang global dan prihatin.


Setelah mengamati sebaik-baiknya, program LIQA ini amat bermanfaat untuk kita semua jayakan.. Ia bukan sekadar satu program semata-mata...tetapi adalah satu medium yang boleh mengeratkan UKHUWAH sesama pelajar USIM bagi membentuk rohani yang seimbang dengan akal dan jasad sekaligus bersama-sama berusaha untuk melaksanakan syariat ISLAM... dengan adanya LIQA, kita tidak akan melayari kehidupan mahasiswa di kampus secara 'syok sendiri'.

Untuk adik-adik tahun satu,

Manfaatkanlah LIQA ini sebaik-baiknya dan gunakanlah kakak-kakak dan abang-abang yang telah ditaklifkan untuk membimbing adik-adik sekalian... Jika mereka jarang menghubungi kalian, kalianlah yang perlu cuba mencari mereka dan bertanya khabar, sayangilah dan sentiasalah ziarahi sahabat-sahabat seLIQA'....


Untuk sahabat-sahabat Rais/ Raisah sekalian,

Jagalah adik-adik yang telah ditaklifkan untuk kalian semolek-moleknya... Laksanakan LIQA sebaik-baiknya... Teruskan bersemangat dalam menerajui LIQA ini, kreatifkan diri untuk membawa LIQA... tidak perlu terlalu terikat dengan LIQA secara membahaskan buku modul semata-mata, tetapi pelbagaikanlah cara entum... makan bersama di kedai juga sudah menampakkan wujudnya LIQA bersama-sama adik. Mantapkan ukhuwah, supaya bi'ah solehah sentiasa terjaga di bumi USIM ini, tegur ajarlah mana yang patut, bimbinglah seikhlasnya....

Kami sangat memerlukan bantuan dan sokongan sahabat-sahabat semua untuk menjayakan perancangan-perancangan ini... Mohon maaf atas kelemahan kami, kami cuba untuk buat yang terbaik.

Sebarang Masalah, Boleh rujuk kami atau emelkn ke liqa@myspmm.org


Ahmad Saqif Ansarullah
Exco Keahlian SPMM