Kenyataan Rasmi SPMM berkenaan Isu Gaza


GAZA KEMBALI BERDARAH!! PERANAN KITA??

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 23:
مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا

“daripada kaum mukminin itu adanya golongan pemuda yang telah membenarkankan perjanjiannya dengan Allah SWT untuk berjuang, maka sebahagian daripadanya telah menunaikan janjinya (syahid fi sabilillah), dan sebahagiannya lagi teguh dan tetap menunggu, dan mereka tidak sekali-kali mengubah perjanjian mereka”

Gaza kembali berdarah. Sudah menjadi lumrah bangsa biadap Israel dan Yahudi yang tidak pernah redha dengan umat Islam untuk terus menerus memerangi dan membunuh kaum muslimin. Kebiadapannya terus membongkak, apabila Israel telah melancarkan serangan roket yang telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh nyawa rakyat Palestin di Gaza.

Salah seorang daripadanya ialah Komander Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap bersenjata HAMAS, As-Syahid Ahmed Al-Ja’abari sehingga hancur kenderaan yang dinaiki beliau.

Netanhayu dengan kenyataannya yang bongkak mengatakan Israel telah mengisytiharkan perang ke atas Gaza dan FSA (Free Syrian Army). Lebih mendukacitakan, kenyataan yang dibuat oleh jurucakap IDF menyatakan bahawa serangan tersebut adalah bertujuan untuk menyelamatkan warga Israel dan membasmi pengganas adalah merujuk kepada HAMAS.

Kuasa Besar Amerika Syarikat tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun mereka seringkali melaung-laungkan hak kemanusiaan sejagat. Ini merupakan muslihat dan kekejaman yang nyata dan akan terus berlaku.

Maka, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan ini mendesak dan menyeru semua ahli SPMM khasnya dan Masyarakat di Malaysia Umumnya untuk :

1. Menzahirkan kebencian dan kejelikan terhadap kezaliman yang berpanjangan ini dengan doa qunut nazilah sekurang-kurangnya setiap waktu solat fardhu.

2. Melancarkan dan meneruskan boikot sekeras-kerasnya terhadap produk dan apa jua bahan yang terang-terang memberi sumbangan kepada Israel.

3. Sedia untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak untuk mendesak pihak berwajib termasuk kerajaan Malaysia bagi menyatakan bantahan dan menyalurkan bantuan kepada umat Islam di Palestin.

SPMM juga menyeru semua kelab dan persatuan yang berada di USIM dan MPP untuk duduk berbincang bagi merangka plan bertindak khususnya di USIM atas dasar kebersamaan dalam isu-isu kemanusiaan.


Muhammad Hanif bin Abdul Jalil
Setiausaha Penerangan
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)