![]() |
comeeeyy....jap lagi kita makan sama diaa... |
Assalamualaikum
kepada semua warga desa perkampungan USIM sekalian??....tinta du’at berbicara
lagi sem ini dengan idea,gaya,pendekatan yang baru,kontemporari dan lebih
santai...pasti masih ada yang masih mengeluh kerana cuti mid – sem baru
melabuhkan tirai...tambahan pula dengan hari raya aidiladha yang baru
berakhir...pasti kedapatan beberapa pelajar yang frust tahap ghaban kerana
belum habis merewang (merayap/meround/menjadi arkitek tidak bertauliah)
di kampung...bukak – bukak sem je dah sibuk dengan exam mid- term yang bakal
berlangsung...maka, apakah adaptasi yang dapat kita ambil daripada ibadah
korban ini untuk kehidupan seharian kita sebagai pelajar??ahahh!! let’s
brainstorm it together....
Pertamanya
kita sebagai mahasiswa dituntut untuk berkorban segala MASA yang ada
untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk belajar...jangan melengahkan masa
sekadar untuk mengeluh kerana kegagalan masa silam...ayuh bangkit!masa tidak
pernah ada istilah REVERSE EXCEPT MOVE FORWARD!! Ingat!!demi masa!!.
Kemudian
berkorban masa TIDUR...kita sedia maklum bahawa ini merupakan hobi tambahan
buat pelajar – pelajar terutama apabila tiba hari minggu...asrama akan menjadi
seperti “grave area” kerana senyap sunyi...apakata imarahkan
diri...gerakkan jasad agar melakukan sesuatu yang lebih berfaedah...jangan
mematikan akal anda yang dicipta dengan berbagai potensi....rugiiii kawan –
kawannnn...rugiii....jika anda tahu nikmatnya bangun di pagi hari maka anda
tidak akan bangun tengahari.... talak percaya ka???aiiyaaaa....saya talak tipu
maaa...tak percaya, lu cuba la....
Seterusnya,
kita sebagai pelajar sepatutnya berkorban sepenuh DAYA TENAGA untuk
memastikan kita berada di puncak kejayaan yang tuntas dan cemerlang...renungi
semula sebab apa kita masuk ke sini?? Sebab nak tidur banyakkah?? Sebab nak
makan banyakkah??sebab nak tengok cerita korea banyakkah??sebab nak bershopping
di giant dan tescokah??yang mana satu?? Atau sebab nak lepak dekat mama or
bonda dan tengok bolakahh?? Sepatutnya kita berusaha berlipat – lipat kaliganda
demi menzahirkan kesyukuran kita kerana masih diberi kesempatan untuk menuntut
ilmu... ibu dan ayah di kampung mengharap pada anda untuk menjadi bahu tempat
mereka bersandar di masa akan datang tetapi anda pula duduk di sini dan
“laypark2”!!!....TAK PATOT3X...jika
anda memang begini, maknanya anda ni boleh dikategorikan sebagai “harapkan
pagar, pagar makan tosai”...ahahh!...cicah kari...memang sedap...itu kalau
betul roti tetapi kalau orang pulak nak buat ape dengan orang jenis macam ni??
Apalagi tunggu?? kita kasi barainwash sama diaaa...
Dan
yang paling penting di antara yang terpenting... kita kene ingat bahawa kita
akan di soal kelak mengenai usia remaja kita yang telah kita habiskan...adakah
bakti untuk agama ini??adakah sumbangan kita untuk Allah?? Adakah budi kita
untuk Rasulullah??... maka apa jawapan kita?? Bolehkah kita jawab bahawa kita
menghabiskan masa hanya dengan bersantai – santai?? Yaaa...benar...jika di
tanya kepada anda semua, pasti semua inginkan syafaat Allah dan Rasulullah di
akhirat tetapi satu amalan pon tidak membawa kita kepada layaknya kita untuk
mendapat semua itu bahkan jauh menyimpang!! Tidak malukah???...mari bersama
kita koreksi diri...islah pribadi..