RAYA AIDIL ADHA DAH MARI..LEMBU, KERBAU,AYAM ITIK PAKAT LARI…



Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t….apa khabar kepada sahabat pembaca sekalian…ahaahh…sudah lama website ni berhabuk dan dah berkepuk-kepuk idea dalam fikrah ni nak dicurahkan…bagi bergerak mengikut peredaran masa ni, bertepatan dengan hari Raya Aidiladha yang baru berlalu dan masih dalam suasananye…al-maklum…masih ada lagi bau rendang,dodol dan sebagainya…so,cube kite brainstorming jap, apa sebenarnya hari Raya Aidiladha ni? Kenapa kita sambut hari Raya Aidiladha ni? Apa sejarahnya dalam Islam? Kenapa begitu penting sehinggakan rakyat di tanah arab begitu mengagungkan hari Raya Aidiladha ni melebihi Raya Aidilfitri?? Adakah dua perayaan ini sama?main bagi-bagi duit raya atau main mercun atau bom sana sini sepertinya hari Raya Adilfitri??jawab…jawab…jawabbb!!
Ahahh!bagi memecahkan kebuntuan di kalangan para pembaca, mari kita teliti satu persatu daripada sejarah bawak kepada dalil dan selainnya yang berkaitan dengan apakah sebenarnya Hari Raya Aidiladha?
Pernah anda mendengar cerita mengenai Nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail??yaaa…memang benar, Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih Nabi Ismail sebagai korban dan demi membuktikan ketaatan baginda kepada Allah maka dengan rela hati kerana Allah baginda ingin menyembelih anaknya namun Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah, Allah telah menggantikan Nabi Ismail dengan kibash..

وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.”
(Surah As-Soffaat : ayat 107)
Pada hari raya Aidiladha ini, kebanyakkan orang akan melakukan korban maka apa itu korban?addakah ianya sama dengan lirik lagu Alahyarham P.Ramlee??

“berkorban apa saja..
Harta ataupun nyawa...
Itulah kasih mesra...
Sejati dan mulia”

Mungkin sama tetapi berbeza...dari segi konteks literal agak sama tetapi dari sudut kontekstual dan pemahaman syara’ adalah agak berbeza...dari segi syara’nya menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenainya berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
Terdapat beberapa ayat dari al-quran dan hadis mengenai ibadah korban ini diantaranya adalah :
Dalil Al-Quran :

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
 (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)



وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.”
 ( Al-Haj ; 36)
Dalil hadis :

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ : مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرِاقِ الدَّمِ. إِنَّهَا لَتَأتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَ أَشْعَارِهَا وَ أَظْلاَفِهَا. وَ أَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا.

Diriwayatkan oleh Saidatina Ai’syah Radhiallahuanha  yang bermaksud : “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan mengenai status ibadah korban ini dan ulama berbeza pendapat mengenainya samada wajib ataupun sunnah maka di sini kami membentangkan beberapa dalil bagi menerangkannya. Ibadah korban ke atas Rasulullah adalah wajib berdasarkan dalil :

أمِرْتُ بِالنَّحْر وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْ

Maksudnya : “aku telah diperintahkan untuk berkorban dan ia adalah sunat bagi kamu”
-Riwayat at – Tirmizi-

كُتِبَ عَلَيَّ النَّحْرُ وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ عَلَيْكُمْ

Mkasudnya : “Telah di wajibkan ke atasku korban dan tidak wajib ke atas kamu”
-Riwayat al – Daruqutni-
Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup.  Meneliti pendapat para ulama pula, menurut ulama kontemporari Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Maka, dapat disimpulkan bahawa di galakkan untuk melakukan ibadah korban bagi sesiapa yang mampu manakala tidak wajib bagi mereka yang tidak mampu.
Ingin di jelaskan kepada para pembaca bahawa ibadah korban ini banyak mentarbiyyah jiwa sebenarnya namun hanya mampu dilihat oleh insan-insan yang mempunyai mata hati yang terbuka dan di saring dengan penilaian Iman dan taqwa kepadaNya...oleh itu, mari bersama-sama kita saling membuka mata masing-masing.. jangan pula kita sebagai umat Islam sekadar menyambut hari kebesaran ini dengan memenuhkan “tangki” perut yang masih berbaki kekosongan.. jangan pula kita mengambil masa ini untuk melipatgandakan dosa dengan melakukan “penambahbaikan” terhadap dosa mata, telinga dan selainnya... kerana kita sedia maklum bahawa di musim perayaan ini, stesen televisyen akan begitu sibuk untuk mentop-up rancangan-rancangan hiburan dengan “menjajakan” tagline “hiburan untuk seisi keluarga” dan sebagainya.
Ibrah daripada peristiwa baginda Nabi Ibrahim a.s itu pun telah memberikan impak yang begitu maksima kepada kita. Dengan melakukan ibadah korban ini, kita dididik untuk berlaku ikhlas dalam melakukan ibadah dan sesuatu hanya kerana Allah demi mengharapkan keredhaan-Nya... kita sedia maklum, agak sukar sebenarnya untuk kita mengeluarkan milik kita untuk kebaikan orang lain melainkan orang-orang yang sedar bahawa semuanya di dunia ini adalah milik-Nya....pasti pembaca pernah dengar lirik lagu Rabbani ini :

“mana milik kita???
tidak ada milik kita...
semua yang ada...
Allah yang punya”


It is clear mention that there’s nothing in this world are own by the slave like us...we just a borrower but sometimes we forgot about that...
Berkaitan dengan kita menginfakkan sedikit harta kita kepada orang lain maka ini akan berkaitan dengan rasa IKHLAS sepenuh hati...sabda Rasulullah S.A.W :

إِنَّمَا الأَ عْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى ....الخ

Mafhumnya : “sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat”
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
Meanss?? Jika kita melakukan sesuatu sekadarnya untuk mengharapkan pandangan dan sanjungan manusia maka itulah yang akan kita perolehi dan tidak ada pertimbangan pahala walau sebesar zarah daripada Allah kerana kita melakukan sesuatu hanya kerana sanjungan manusia semata-mata…kerana untuk mentadrib diri dengan sifat ikhlas itu adalah payah, maka ganjaran syurga buat orang yang berusaha untuknya adalah begitu owesome dari Allah…sweetkan cara Allah berkasih sayang dengan hamba-Nya?memang terbaik lah…
selain itu, ibadah korban juga turut memainkan peranan untuk mentadrib hati agar TERKESAN DENGAN KESUSAHAN ORANG LAIN dan tidak bersifat pentingkan diri sendiri, lihatlah msyarakat di sekeliling kita...mungkin ada di antara mereka yang hidup agak susah jika di bandingkan dengan diri kita sendiri dan ini mampu menimbulkan rasa bersyukur di atas setiap pemberianNya...
Allah S.W.T berfirman  yang bermaksud :
“dan tolong – menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh! Allah sangat berat siksaan-Nya.”
Ini membawa maksud bahawasanya Allah menggalakkan kita untuk bertolong bantu dalam sebarang perkara yang mampu meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah sepertinya ibadah korban ini sendiri. Dan yang terakhir, adalah membawa kepada TAQARRUB ILALLAH iaitu perasaan dekat kepada AL-KHALIQ yang Maha Agung.
Sampai di sini dulu tangan menari..sampai di sini dahaulu cinta bersemi...ayuh!!gerakkan jasad tingkatkan prestasi, cerahkan manifestasi, jangan tunggu lagi, masa tidak menanti!!
Sumber : sabil al-muhtadim        
Tajuk : korban, akikah, pemburuan, sembelihan dan pemakanan
Al- Quran
Gen-Q edisi 1
Hadis 40 Imam Nawawi