SELAMAT HARI GURU





Telah terukir didalam Kalam Allah yang mulia yakni :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

                                                                 Alhamdulillah…

Hari ini merupakan hari gembira buat semua pendidik.. Setiap manusia wajib ke atasnya mempunyai  guru hatta seorang guru sekalipun.

Pertamannya , saya mewakili pimpinan Seketriat Pendakwah Muda Malaysia mengucapkan Selamat Hari Guru khasnya kepada guru-guru di Universiti Sains Islam Malaysia. Seterusnya kepada sesiapa sahaja yang bergelar guru walaupun telah menyampaikan sesuatu ayat kepada orang lain.Tahniah kepada diri masing-masing kerana telah Berjaya mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w  al-Amin sebagai seorang guru.

Saya cukup tertarik dengan kisah hamba Allah yang mulia dan ingin berkongsi  untuk dijadikan iktibar untuk kita menghadapi hari-hari mendatang.

Di kisahkan oleh Imam as-Syafie “pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tahu kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.”. “Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu"

Lalu pada suatu hari sedang Imam as-Syafie berada didalam majlis ilmunya, telah datang seorang badwi iaitu badwi tersebut untuk sama-sama menyertainya bersama. Beliau memakai pakaian yang amat comot dan kotor.Melihat akan badwi tersebut beliau terus memeluknya dan memuliakanya.

Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarkanya guru.

Hebatnya akhlak seorang ulama’ kepada guru mereka. Telah bersabda Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.”
Indah sungguh akhlak anak murid terhadap gurunya. Semoga seruan ini dapat di aplikasikan oleh semua pelajar amnya.


Akhir kalam, pimpinan Seketriat Pendakwah Muda Malaysia megucapkan terima kasih kerana telah mendidik anak didikmu. Segala pengorbananmu tidak dapat dibalas di dunia ini dan hanya balasan di akhirat oleh Maha Pencipta. Semoga semua pendidik diberikan kesihatan untuk terus mendidik dan mentarbiyah anak-anakmu  menjadi seorang yang berguna kepada agama, negara, bangsa dan berjaya di dunia dan akhirat.



Secebis doa sebagai hadiah buat semua pendidik.

“ Ya Allah , temukanlah kami di syurgaMu kelak…amin”


 Assalamualaikum......

Yang Ikhlas,
Hikmah Zakaria
Timbalan Presiden SPMM